Peperiksaan akhir telah tamat dan keadaan di luar dewan peperiksaan riuh-rendah dengan pelbagai cerita. Tak kurang riuh Keisha juga. Dia tak sabar hendak balik dan kemas apa yang patut untuk hari esok. Sebelum pulang, dia bercadang untuk berjumpa dengan Anas untuk mengucapkan terima kasih kerana mengajar dan menolong sepanjang minggu peperiksaan. “ nah, amik air ni. Aku belanja sebab kau dah tolong aku. Kalau kau tak tolong, aku tak tau aku dapat jawab ke tidak tadi. Terima kasih tau Anas.” Keisha meminta diri selepas bersembang. Ketika berjalan hendak pulang, dia terserempak dengan Hfiy. Tak sangka rupanya Hfiy pun naik lrt juga. Keisha tidak peduli kemana Hfiy hendak pergi. Yang pasti, dia ingin cepat sampai kerumah dan kemas-kemas kerana esok dia kena bertolak awal ke kolej.

Hari yang dinanti-nanti oleh Keisha sudah tiba. Semalaman dia merancang dengan Qai untuk duduk bersama didalam bas. Mereka tidak sedar yang Hfiy dan kawannya pun didalam bas yang sama. Sepanjang perjalanan ke tapak perkhemahan, Keisha tidak henti-henti bercerita dengan kawannya dan apabila Qai tidur, dia mendengar lagu koreanya. Sesampainya di tapak perkhemahan, Keisha,Qai dan 2 orang lagi berada didalam satu khemah. Seusai mendirikan khemah, mereka membersihkan diri dan bersiap sedia untuk menunaikan solat maghrib dan makan beramai-ramai.

Advertisements

Selepas kejadian di Art Night itu, Keisha selalu terserempak dengan Hfiy. Kekadang dia sendiri naik muak asyik bertentang mata dengan lelaki itu. Tidak kurang juga kawan-kawan Keisha dan Hfiy yang mengusik mereka dan gosip liar yang mengatakan mereka telah bercinta. Keisha tidak sangka gosip liar itu terjadi. Ketika mendengar berita itu, Keisha terkedu dan geli kerana dia sangat membenci lelaki itu. Untuk bercinta? Memang jauh sekali. Berita itu sampai ke pengetahuan kawannya dan Qai meminta penjelasan dari kawan baiknya itu. Qai lebih percaya rakannya berbanding gosip liar itu. Keisha malas nak ambil tahu pasal gosip itu kerana dia memang takde kena mengena dengan Hfiy si jelik itu. Beberapa bulan kemudian, gosip itu semakin dilupakan dan Keisha dengan hidupnya. Begitu juga dengan Hfiy. Masih membawa gitarnya kesana dan kemari. Kolej mereka mengadakan perkhemahan. Keisha memang berminat dengan perkhemahan dan dia dengan perasaan tidak sabarnya itu terus mengisi nama dia dan rakannya untuk pergi ke perkhemahan. Tetapi Keisha sedar sebelum perkhemahan itu, mereka akan menghadapi perperiksaan akhir. Peperiksaan yang amat penting utnuk semua orang. Dan pada saat itu, akan terlihat dimana-mana ada orang belajar. Keisha dan Qai selalu belajar di perpustakaan atau didalam bilik Qai. Suatu hari, Keisha ingin bejumpa dengan kawan kelasnya, Anas Fauzan. Dia ingin bertanya tentang subjek yang Keisha memang lemah tetapi telah menjadi makanan untuk Anas. Dan bermula dari itu, Anas dan Keisha selalu berhubung.

 

Art Night hampir tiba dan Keisha masih tidak tahu untuk pakai baju apa pada malam itu.  Pada malam itu, Keisha akan memakai baju blouse dan seluar skinny kegemarannya. Temanya pula selebriti. Jadi, dia hanya memakai simple dan tidak mahu terlalu menonjol. Malam itu sangat meriah dan Keisha juga bergembira bersama-sama temannya. Dalam kegembiraan itu, dia ternampak susuk tubuh yang dia memang benci. Ya, tu Hfiy. Lelaki yang kononya pujaan ramai wanita. Keisha masih tidak sedar yang mereka memakai baju yang sama warna dan seluar yang sama. Waktu kemuncuk yang dinanti-nantikan telah tiba. Waktu untuk mengumumkan siapa Prom King dan Prom Queen. Selalunya dorang amik sapa yang paling famous dan glamour. Bisik Keisha sendiri. Tiba-tiba, pengacara malam itu menyatakan keputusan malam ini bukan berdasarkan siapa yang paling glamour tetapi yang paling sedondon ataupun matching. Suasana menjadi riuh-rendah dan Prom King malam itu adalah Hfiy Yushua. Ramai yang bersorak dan tak kurang jugak yang menjerit. Mungkin terlalu minat dengan lelaki itu. Pengancara terus mengumumkan Prom Queen adalah Keisha Nuha! Serentak Keisha tersedak ketika hendak minum air dan terkedu seketika. Ramai yang bersorak dan ramai juga yang terkedu. Keisha naik ke atas pentas dengan perasaan tak rela. Hfiy hanya tersenyum ketika melihat Keisha dan Keisha membalas nya dengan pandangan yang sungguh meluat. Mereka dinobatkan sebagai Raja dan Ratu prom untuk malam itu. Hfiy sempat menyapa Keisha “ hey, awak! Tak sangka kita sedondon ya! Saya Hfiy Yushua. Dan awak?” dia bertanya sambil menghulurkan tangan tanda bersalam. “ Saya Keisha Nuha.” Pendek saja Keisha membalas dan menyambut salam itu.

Bab 1

Dia menyumbat earphone ke dalam telinganya dan lagu korea sedang berkumandang. Sambil menunggu Lrt datang, dia mengambil keputusan untuk makan roti sebagai alas perut sebelum pergi ke kolej. Keisha benci hari Isnin kerana mereka diwajibkan memakai baju kurung. Dan untuk gadis yang lasak seperti Keisha, memang sukar untuk bergerak. Sampai di kolej, dia sempat menjenguk ke kafeteria untuk membeli air mineral. Sambil itu, dia mencari kelibat Qaisara. Qaisara kawan baiknya sejak kecil lagi tetapi Qaisara duduk di asrama dan Keisha ulang-alik dari rumah.  Dia terus ke tempat menunggu lif dan melihat barisan yang panjang untuk menunggu lif, dia mengambil keputusan untuk menaiki tangga yag dianggapnya Gunung Everest itu. Sambil mendaki didalam hatinya merungut sendiri. Hmm, kenapalah tak bina tangga lipan je? Kan senang! Ni, lif asyik penuh aje. Boleh kurus aku kalau hari-hari macam gini. Aigoo!” Aigoo dalam bahasa korea bermaksud haih. Ya, dia memang seorang yang fanatic dengan korea. Sampaikan dia pernah menyimpan angan-angan untuk pergi kesana. Setelah sampai kekelas dengan tercungap-cungap, dia minum air mineral yang baru dibelinya dan mengambil tempat di sebelah kawannya itu. Puan Hamidah masuk dengan lengang-lengoknya dan muka ketatnya. “ Hah, nasib baik aku masuk awal sikit dari dia. Qai! Tu hah mak kau dah masuk.” Bisik Keisha kepada Qai. “ Eh, apa pulak mak aku, dia tu makcik universe tahu!” tergelak Keisha apabila kawannya membuat lawak.

Kelas sudah berakhir dan semuanya berjalan dengan lancar. Ketika hendak menuju ke lif, Keisha telah terlanggar seseorang. Sambil meminta maaf, dia memandang lelaki itu dan terdetik dalam hatinya not bad jugak mamat ni. Lelaki itu membetulkan cermin matanya dan terus pergi begitu saja. Heh! Kalau macam ni perangai, buat rugi je muka tu. Muka je hensem tapi perangai macam tapir. Huh! Muncung mulutnya boleh buat gantung baju apabila bertemu dengan Qai. Dia mengadu pada Qai yang dia ada terlanggar mamat tadi dan mamat tu lansung tak mintak maaf dengan dia. Dia mengeluh tetapi Qai tergelak. Keisha pelik, “ kenapa kau gelak? Sepatutnya kau simpati dengan aku tau!” Qai membalas, aku bukan tak nak simpati tapi kau punya sebab tu tak munasabah lansung. Keisha malas nak ambil tahu pasal kawannya dan meninggalkan kawannya. Qai terus memukul bahunya sambil cakap “ aku gurau jelah sha oi! Jom aku belanja kau makan hari ni.” Terus Keisha mengangguk dan menarik kuat tangan kawannya ke kafe. Mereka tidak bercadang mahu makan di luar kerana mereka masih ada kelas. Semasa berada di kafe, Keisha ternampak mamat tadi dan dia terus berbisik kepada Qai, “hah! Mamat tulah yang aku langgar tadi! Tapir betul!” Qai tergelak dan terus berkata “ mamat tu ke? Dia tu pujaan hati semua perempuan kat kolej ni tau! Aku pun terlibat sama! Dia tu budak seni musik. Mamat tu nama dia Hfiy Yushua. Dia kacuk cina dengan Melayu.” Banyak betul minah ni tahu pasal mamat tapir tu. Muka hensem tapi perangai serupa tapir payah jugak. Hfiy memandang mereka dan senyum kearah mereka. Keisha hanya buat muka slumber dan lansung tidak membalas senyuman itu.

 

 

K-Pop VS M-Pop (sipnosis)

Ya Allah,

Jika dia yang akan mengimamkan aku dan anak-anakku, pertemukan aku dengan dia.

Jika dia empunya tulang rusukku, dekatkan hatiku dan hatinya.

Jika dia cinta ku untuk selamanya, kayakan rasa cintaku untuk dia dalam hati ini.

 

Keisha Nuha, seorang perempuan yang sangat fanatik dengan korea! Tak kira lah music,drama ataupun fashion! Semua dia minat. Sampaikan dia menyimpan angan-angan untuk pergi ke korea dan menetap di sana.

Hfiy Yushua, remaja yang memartabatkan lagu-lagu Melayu dan fanatik dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Selalu bertentangan pendapat dengan Keisha tentang musik.  Selalu mejadi tumpuan wanita di kolejnya.

Qaisara Aida, menanggap dirinya teman wanita Hfiy dan cemburu dengan Keisha. Selalu mencari silap Keisha. Dia merasakan dirinya popular di kalangan lelaki di kolej itu. Kawan baik Keisha sejak kecil.

Anas Fauzan, panas baran, selalu medesak Keisha untuk membuat keputusan dan seorang yang playboy! Teman lelaki kepada Keisha.